Wednesday, September 12, 2007

Ramadhan Bulan Kesabaran

Kemenangan diri menghadapi segala bentuk pujukan nafsu akan membolehkan kita mencapai kemenangan yang lebih besar. Sekalipun kita kecil tapi bilangan yang besar bukanlah tanda kemenangan dan lambang kekuatan, sebaliknya hal yang sebegini perlu kita nilaikan dengan sebaik-baiknya.
Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini mari kita sama-sama merenung sebentar keteguhan Nabi S.A.W dan para sahabat yang menperjuangkan Islam pada bulan puasa.Mari kita perhatikan beberapa peperangan yang berlaku dibulan ini, dan kejayaan muslimin terhadap musuh-musuh Islam, antaranya ialah medan pertempuran:

1] Badrul Kubra, pada 17 Ramadan tahun 2 hijrah. di antara 313 mujahidin dan 1000 orang musyrikin mekah. yang dipimpin oleh Rasul SAW sendiri.
2] Pembukaan kota Makkah, pada 20 ramadan tahun 8 hijrah. Nabi SAW bersama 10 ribu mujahidin menuju ke Makkah, dengan kemenangan ini maka bertukarlah kiblat utama umat Islam itu dari pencemaran berhala serta ideologi yang sesat kepada satu kesucian tauhid yang berpaksi kepada Allah semata, bermula dari detik inilah Islam mula berkembang ke pelusuk alam.
3] Az Zallaqah, pada hari jumaat 25hb Ramadan tahun 479 hijrah. antara mujahidin menentang 80 ribu tentera portugis yang dipimpin oleh alfonso ke 6. dan dinyatakan bahawa hampir ke semua tentera musuh berjaya dihapuskan.
4] Ain Jalut, juga pada hari jumaat 25hb Ramadan tahun 685 hijrah. di antara mujahidin yang diketuai oleh sultan Quthuz dan panglima perang az Zhohir Baybars dengan tentera mongol/tartar. Dengan kemenangan ini menjadikan kemaraan tartar yang dianggap ya'juj ma'juj itu dapat dihalang dari terus menghentam setiap negara Islam yang lain.
5] Hittin, pada bulan Ramadan tahun 584 hijrah. Kisah kemenangan medan ini menyebabkan pihak tentera salib tidak lagi berani untuk cuba menyerang negara Islam. mujahidin diketuai oleh Sultan Salahuddin yang berjaya melumpuhkan kekuatan tentera salib, hampir 30 ribu orang berjaya dibunuh, ribuan lagi ditawan dan hampir 3 ribu orang berjaya diislamkan.
6] Perang Arab-Israel, 10 Ramadan 1393 hijrah. Kemenangan tentera Islam dalam menentang kemaraan israel dalam merebut terusan Suez sebagai jalan utama menawan laluan perdagangan dunia.

Beginilah kemampuan mujahidin yang berpuasa di sepanjang tarikh dan sejarah Islam, demi meninggikan panji-panji jihad dan kalimatuLlah di muka bumi ini. Dan inilah bukti kekuatan dan kemenangan bagi muslimin yang beriman.

Suadara-suadari sekalian,sedangkan Nabi dan para sahabat boleh berperang semasa sedang berpuasa takkan kita tidak boleh menahan nafsu makan hanya 13 jam sahaja.Marilah sama-sama kita renungkan. Sekian.

No comments: